PROGRAM REALITI “ANUGERAH”

•April 25, 2008 • Leave a Comment

Beta ingin memanjangkan satu program yang beta rasa amat wajar untuk dikongsi bersama sahabat pengunjung semua; iaitu satu Program Realiti TV yang akan disiarkan melalui siaran RTM1 dan Insyaallah tayangan ini akan disiarkan dalam waktu yang terdekat setelah pemilihan calon yang berkelayakan (yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah sahaja) akan menyertai program ini.

Adalah diharapkan agar sahabat pengunjung semua dapat memanjangkan perkara ini dan sebarang pertanyaan sahabat pengunjung semua boleh la memberikan komen dan Insyaallah sebarang persoalan tersebut akan dijawab.

Untuk itulah beta ingin memanjangkan satu email yang dihantar oleh pihak YPM. Saudara pengunjung juga boleh membuka website YPM untuk maklumat lanjut:www.ypm.org.my

Salam.
Tuan/Puan

Harap maklum, YPM dengan
kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dalam usaha untuk menerbitkan
senuah rancangan realiti TV yang mengikut
perancangan dan
perkembangan terkini bakal disiarkan menerusi RTM yang dinamakan
“ANUGERAH”

Matlamat “Anugerah”, selain
memaparkan kecekalan dan ketabahan
pelajar-pelajar dari kalangan
keluarga kurang berkemampuan, juga merupakan satu platform untuk
membangunkan dana YPM.

Sehubungan itu, BPB memohon
kerjasama semua warga kerja agar mencalonkan pelajar-pelajar yang layak,
jika ada, (sila rujuk fail Hebahan_Anugerah untuk maklumat lanjut )
untuk dipaparkan menerusi program ini.

Bersama sama ini
dilampirkan makluman hebahan dan Borang Pencalonan. Harap maklum, dokumen
yang sama juga akan dipaparkan menerusi Laman Web YPM ( Saya percaya
perkara ini dalam tindakan Unit ICT ).

Sebarang
pertanyaan berkaitan pencalonan Anugerah ini,jika ada, sila majukan
kepada BPB.

Sekian dulu, perkembangan Anugerah setakat ini.
Terima kasih


Che Embun Bakar
Pengurus
Bahagian Pembiayaan & Bantuan
Yayasan Pelajaran MARA

MONSUN Biz – Satu Peluang Perniagaan

•April 18, 2008 • Leave a Comment

Ketika hati beta ini masih memikirkan soal satu peluang perniagaan untuk memulakan perniagaan “networking” yang “multi billion business” satu peluang yang beta rasa wajar dikongsi bersama rakan pengunjung semua adalah berkaitan dengan peluang perniagaan melalui internet.

Beta merasakan adalah wajar peluang yang sebegini rupa dikongsi dan meminta pandangan sahabat pengunjung semua untuk memberikan komen tentang kebaikan dan keburukan serta pro n kontranya perniagaan ini.

Beta teramat terhutang budi pada sahabat beta yang sudi untuk mewar-warkan tentang kelebihan dari subut pandangan beliau. Beta bersetuju untuk berkongsi pula dengan sahabat pengunjung semua tentang perniagaan ini dengan membuat “copy” dan “paste” kan semula apa yang diutarakan oleh beliau di website beliau.

Berikut beta sampaikan apa yang tertulis daripada website sahabat beta. Terima kasih Sdr. Eimran.

Prospect of Monsun-biz, I’d say its an opportunity?

monsun biz
Hi all, For these few weeks I’ve been reading a lot of posts from other blog that telling something is not right about Monsun.biz like a “scam”. Here are the list of other posts :-

Monsun Biz adalah scam — sila jangan tertipu – Mohdismail.net
Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) – SyamSuriyadi.com
BossMailer adalah Malware – SyamSuriyadi.com
Bossmailer Spam Yang Menggila – NoorizamShah.com
Monsun Biz – Apa pendapat anda!? – MEGAT.net
monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam – AbdFatah.com
Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia – Uzairubiah.com
Antara mereka yang join MIRSB dan Monsun – U-monsun

Edisi Siasat : Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam?

Is it true? I have done some research about Monsun.biz as well and finally I meet one of my friend who claimed that Monsun.biz is not a scam and his boss is actually the one who is the Mobile Income Resources Sdn Bhd (MIRSB) dealing with.

My friend’s name was Mohd Fuad working at Yayasan MARA and his boss name was Dato Rahim also as the CEO of Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN, or Economic Business Group Fund) said, Monsun biz is actually a multi million project which can become a good prospect of income to Malaysian entrepreneurs. Looks like most of us didn’t fully understand about Monsun.biz. Don’t worry much and keep reading..

Monsun.biz is actually like a Virtual supergiant superhuge supermarket on the net(well..since Internet is border-less..) and what Monsun biz offer was the shop-lots on the super-giant super-huge supermarket.(can’t see the picture yet?) So..People need to buy the shop-lots on the supermarket and become owner of the lot.Lets say you buy 20 000 lot of shops and you can rent them for RM50 a month. 20 000 lots x RM50, you can get up to RM1,000,000 a month! Correct?

But that’s not all. When you buy the shop lots, you can get Bossmailer (worth RM2000), Payment gateway (worth RM10,000) and the most irresistible was a Call center which is worth RM15,000. I heard some people denying for what these systems can do. Let me tell you the detail for each of this systems.

i go mobileI call center - I go mobilemonsun biz, Mobile Income Resources Sdn Bhdmonsun biz, Mobile Income Resources Sdn Bhd

1) Find targetted email from directories all over the world.
Firstly, Bossmailer is a system that have connections to a lot of mail service providers all over the world such as yahoo, google, msn. You can search the directories, find for your targeted customer’s emails (Locations, age, interests etc..) and send bulk emails to them to advertise your shops or products. That’s how you can get millions of targeted email addresses within few clicks. I saw some advertisements of selling 82Million of email addresses for RM600(For one time only). Now, with bossmailer, you can get a lot more and can do your campaign as many time as you want.

2) Accept any type of payment from all over the world.
Second is for Payment gateway. This payment gateway is the one like paypal, e-gold or moneybookers. Yup, you can accept any payment method from your customers. Easy. Short and sweet description..

3) Call center powered by I-Go Mobile – your instant SMS Business tools.
And lastly is for Callcenter. I’d say you really don’t want to miss this. I am sure most of you have experience of receiving SMS of “WIN A BMW 7 Series for answering 1 simple question. George Bush is male or female. Send your answer to 44444” Do you know that the Owner of this SMS business can get million of money for each of his campaign? The answer for how they do that is with using this what so called Call Center system. You can have one of this 5 digits call center number and start your own business of SMS service or contest.

Costs to start Monsun-Biz business
About the payment to buy these lots. Actually, what you need to pay was only 20% of the cost. For example for Minimarket package. The cost is RM5,000. You only need to pay RM1,000 and the rest will be paid by TEKUN as a loan. The profit from your shops and business will cover the loan later. To get the call center, you’ll need to pay RM10,000 for the LandLord package. Don’t bother about the cost since you can get a lot more than that later.

Monsun-Biz website
The Monsun.biz is still haven’t launched yet. (I don’t remember the date, maybe I can ask my friend later and update this post tomorrow.) The site is still under construction. That’s it..Hurm….Well I admit that the website is one thing that make people did not believe monsun.biz. They really should make the website better if they want to gain people trust.

The Prospects
You don’t have to worry about people who will rent your virtual shop lots. TEKUN alone have thousands of small business entrepreneurs and TEKUN also will make another rule for each entrepreneur who joined TEKUN must rent the shop lots inside Monsun.biz. Other than that, you can get any renter from all over the world yourself with the help of bossmailer and payment gateway.

The comparison I get about Monsun biz with other website. For blogger and webmasters, you might have the ability to sell some ads space inside our blog just like selling shop lots. But with joining Monsun-Biz, you can get those three very nice systems to help you increase your business income a lot more.

That’s All I can give for now. Any other information, I will update later.

UPDATE :

BOSSMAILER CONTAIN MALWARE?
There are another bossmailer website (you can read the post from Shamsuriyadi). The address of the website also warned by google. Bossmailer.biz is the classified as containing malware. another one is Bossmailer.com.
- And this was taken from Google answer site.

“Note that in some cases, third parties can add malicious code to legitimate sites, which would cause us to show the warning message.”

Well, I’m really not sure about that but I guess MIRSB wouldn’t take a chance to put malware on their multi-million project.

Berikut beta memberikan link website sahabat beta itu : -

http://prospects.eimsnetwork.com/

Ternak babi secara moden: Sokong tetapi berhati-hati, kata pakar

•April 11, 2008 • Leave a Comment

Oleh Wartawan Siasah


KUALA LUMPUR, 10 April: Langkah kerajaan negeri Selangor untuk memusatkan penternakan babi disokong sepenuhnya oleh seorang pakar pengurusan penternakan babi dari Negeri Sembilan, namun beliau meminta mereka berhati-hati dalam melaksanakannya.

Yap Ah Ping, bekas Adun MCA dari Jimah, Negeri Sembilan (1974 – 1986) mempunyai pengalaman yang tersendiri dalam menguruskan penternakan babi. Namun pengalaman ngeri wabak JE yang melanda Bukit Pelanduk pada tahun 1999 sehingga mengorbankan 136 manusia masih segar dalam ingatan beliau.

“Semuanya bagi saya bermula dengan kerakusan manusia, masalah rasuah dan tamak haloba dalam melaksanakan sistem penternakan yang baik,” kata Yap kepada Siasah.

Beliau mula menyedari masalah bakal dihadapi oleh rakyat Negeri Sembilan ekoran penternakan babi yang merata-rata tanpa mengikut peraturan alam sekitar yang baik sejak pertengahan 1980an lagi.

“Ekoran itu, saya bagi pihak kerajaan negeri Sembilan telah mengetuai satu jawatankuasa peringkat negeri dan berjaya membuat satu undang-undang bernama Enakmen Mengawal Pemeliharaan Babi 1980 iaitu undang-undang No 9, 1980.

“Ia bertujuan untuk mengumpulkan penternak babi dalam satu kawasan sahaja agar ia dapat dikawal dengan baik,” kata Yap.

Melalui enakmen itu, kerajaan telah mengambil alih sebuah estet seluas 1520 ekar untuk dijadikan ladang babi berpusat ini. Tanah seluas 2045 ekar lagi milik penternak tradisional juga dimasuk ke kawasan ini.

Kawasan ini akan dijual semula mengikut keperluan setiap penternak iaitu tiga ekar setiap satu.

Inilah mulanya masalah apabila rasuah, tamak dan penyalahgunaan kuasa berlaku.
(SUMBER : AKHBAR SIASAH)

RAJA TEMENGGONG – SEDIH!!!SEDIH!!!BETA MERASAKAN PERLUNYA SATU DASAR DIPERINGKAT PUSAT YANG MENGAWAL PEMELIHARAAN BABI DI NEGARA INI. BUKAN APA BETA TAKUT NANTI SAMPAI SATU KETIKA HABIS SEMUA NEGERI DI MALAYSIA INI AKAN DIJADIKAN TEMPAT PELIHARA BABI. DAH LA BABI NI BANYAK BERI KEBURUKAN DARI MENDATANGKAN KEBAIKAN. KALAU NAK BELA BABI PUN PERGI LA BELA DALAM HUTAN ATAU GUNUNG GANANG DAN JAUH DARI RUMAH DAN PENEMPATAN SUPAYA TIDAK MEMBERIKAN KESAN BURUK PADA MASYARAKAT.

Khinzir-PAS dan Rakyat tertipu

•April 11, 2008 • Leave a Comment

pigf.jpg

Hari ini PAS hanya mampu membisu dan bersetuju dengan kerajaan PKR yang telah meluluskan ladang pembiakkan Khinzir ( babi ) dengan jumlah peruntukan yang begitu besar sebanyak RM100 juta untuk diternakan di negeri Selangor. Jika dahulu PAS merupakan parti yang paling lantang sekali mengkritik akan isu pembiakkan khinzir (babi) ini kerana ianya pasti akan mencemarkan alam sekitar terutama sekali sungai dan udara yang akan dicemari dengan air najis dan juga udara yang tidak bersih dengan bau najis khinzir (babi).
Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.

Bayangkanlah jika peruntukkan sebanyak RM100 juta kepada ladang ternakan ini , berapa banyak khinzir yang akan membiak dan tentu sekali akan memberikan kesulitan kepada penduduk berhampiran dan kepada sungai yang mengalir sepanjang negeri Selangor.

Selain itu juga di khuatiri penyakit JE yang akan merebak, kerana jika terlalu banyak Khinzir, penyakit ini akan mudah merebak. Kerajaan Barisan Nasional pernah menutup dan membunuh banyak Khinzir dan terpaksa menerima tentangan dari penternak Khinzir demi keselamatan rakyat dan kerajaan sanggup menjadi tidak popular dengan penternak Khinzir demi menyalamatkan keadaan yang tidak sihat jika sekiranya ladang-ladang ini dibiarkan bebas tumbuh bagaikan cendawan. Tetapi PKR pula pada pilihanraya yang lalu sanggup berjanji kepada penternak ini supaya mereka akan jadi popular dan meraih undi dari mereka.

Hari ini PKR terpaksa melaksanakan janji yang telah mereka buat untuk meraih undi dari penternak-penternak Khinzir bagi mengundi mereka pada pilihanraya yang lalu. PKR terpaksa menunaikan janji mereka untuk memberikan peruntukan sebanyak RM100 juta seperti yang telah mereka janjikan walaupun apa yang dilakukan oleh PKR adalah bertentangan dari kehendak rakyat negrai Selangor. Inilah hadiah yang paling istimewa terutamanya kepada orang Melayu khusunya ahli PAS yang tertipu dengan PKR di negeri Selangor.

Sebagai kerajaan baru pastinya mereka mahu menunjukkan contoh yang baik tetapi adakah langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil kira sebelum mereka meluluskan projek ini,kerajaan negeri sepatutnya memberikan penjelasan yang adil kepada rakyat

Isu haram bukan lagi isu yang akan disentuh lagi oleh PAS kerana PAS kini berada dalam keadaan dimana mereka hidup untuk memimpin dengan mereka-mereka yang tidak mengenal hukum haram dan halal. PAS terpaksa menyesuaikan diri mereka tanpa menyentuh isu-isu yang sensitif mengenai agama kerana PAS kini bersubahat dan berkongsi kuasa dengan Parti yang tidak mengiktirafkan Islam.Ksemua tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari parti Pas tidak menghalang pelaksanaan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berka ta, Pas menyokong projek itu selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

“Kita tidak ada masalah, kita sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi. Itu hak mereka. Kita sangat rasional untuk kegunaan mereka,” katanya.

Ramai yang berpendapat wang RM100 juta itu adalah satu pembaziran kerana ia hanya melibatkan satu bangsa sahaja. kita tidak septutnya melayan kehendak satu bangsa sahaja kerana wang RM100 juta itu adalah wang rakyat dan termasuk wang kita. Dalam secara tidak sengaja kita juga telah menyumbang dan mebantu mereka untuk membiak Khinzir (Babi).

Kami menyeru agar bangsa Melayu untuk bangun untuk menentang projek kerajaan negeri Selangor ini kerana ianya amat memalukan dan merugikan.Kita tidak seharusnya berdiam diri dan melihat sahaja akan ke pimpinan kita yang kian lupa diri dan melakukan satu tindakan diluar kehendak pengundi yang mengundi mereka dahulu.

PAS tertipu lagi oleh PKR.

(sumber : www.kpmu.net )

RAJA TEMENGGONG -

TERKEJUT BETA MENDENGAR NYA. ADAKAH INI YANG DIINGINKAN RAKYAT SELANGOR SETELAH MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA PKR? BETA YANG MERUPAKAN RAKYAT NEGERI SELANGOR AMAT TIDAK SETUJU TENTANG PELAKSANAAN PROJEK INI. BANYAK IMPLIKASI YANG NEGATIF AKAN TIMBUL APABILA PELAKSANAAN PROJEK INI SEPERTI PENCEMARAN UDARA DENGAN BAU BUSUK BABI SERTA NAJISNYA, PENCEMARAN AIR SUNGAI DAN LAUT DAN PENCEMARAN LAIN YANG BOLEH MENYEBABKAN MANUSIA MENGALAMI KESAN BURUK.

BETA INGIN BERPESAN SUPAYA JAGALAH ALAM SEKITAR KITA, SESUNGGUHNYA ALAM SEKITAR YANG SIHAT AKAN MEMBERIKAN KEHIDUPAN YANG SIHAT JUGA.

SeJaRaH KeTuRuNaN RaJa TeMeNggOnG

•April 11, 2008 • Leave a Comment

Al kisah seorang anak sultan yang berdarah Raja mendapat gelaran Raja Temenggong dari Tanah Besar Jawa telah berhijrah secara senyap2 dgn menggunakan nama semaran. Nama samaran beliau tidak dapat dikenalpasti. Penghijrahan beliau dari Tanah Besar Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu telah sampai ke Negeri Melaka. Menurut berita yang tidak dapat disahkan, beliau telah berlakon menjadi seorang rakyat biasa dengan meninggalkan segala jawatan dan status beliau.


Tanpa diketahui oleh seorang pun rakyat di Negeri Melaka, beliau telah melaksanakan pelbagai aktiviti harian seperti masyarakat biasa dan dengan kredibiliti yang diperolehi nya, beliau telah dilantik menjadi Penghulu di salah sebuah daerah yang terbesar di negeri Melaka.


Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan orang tempatan dan dikurniakan seorang anak lelaki. Apabila telah uzur beliau telah meletakkan jawatan sebagai Penghulu dan takhta pemerintahan sebagai Penghulu telah diserahkan kepada Anak lelaki beliau.


Dipendekkan cerita Anak Lelaki beliau itu yang menjadi Penghulu itu telah mempunyai 2 orang isteri. Salah satunya menetap di daerah yang sama di satu kampung berhampiran pusat pentadbiran bandar tersebut dan seorang lagi isteri Anak Lelaki beliau itu menetap di salah sebuah kampung terletak hampir 20km dari pusat pentadbiran daerah yang teletak berhampiran pantai.


Saya adalah merupakan seorang cucu kepada isteri beliau yang kedua yang menetap di kampung yang berhampiran dengan pantai itu. Inilah hal ehwal keturunan darah anak cucu cicit Raja Temenggong.


Kini, saya telah menetap di Petaling Jaya Selangor.


MAJLIS PERHIMPUNAN PERPADUAN MELAYU

•April 10, 2008 • Leave a Comment

SALAM HORMAT UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOG SAYA INI.

PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MENJEMPUT SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM UNTUK MENGHADIRI SATU MAJLIS PERHIMPUNAN PERPADUAN MELAYU SEMPENA MAULIDUR RASUL 1429 HIJRAH PADA 12 APRIL 2008 ( BERSAMAAN 5 RABIULAWAL 1429 HIJRAH ) DI DEWAN MERDEKA PWTC, KUALA LUMPUR PADA JAM 9.00 PAGI. MAJLIS INI DIANJURKAN OLEH BARISAN BERTINDAK PERPADUAN MELAYU ( BBPM ).

KEHADIRAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM ADALAH AMAT DIGALAKKAN KERANA PENGISIAN YANG TERDAPAT DALAM MAJLIS INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

FORUM :

MEMPERKASA PERPADUAN MELAYU UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA

TEMA:

PERPADUAN MELAYU TERAS PERPADUAN NASIONAL

MATLAMAT :
MENYEMARAKKAN SEMANGAT, TEKAD, DAN AZAM BANGSA MELAYU UNTUK BERSATU DAN BERJUANG MEMPERKASAKAN PERPADUAN DIKALANGAN MEREKA

MISI

SATU FIKRAH, SATU SUARA, SATU HALATUJU KE ARAH MENYATUPADUKAN BANGSA MELAYU DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR

OBJEKTIF

  1. MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU DAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA
  2. MENANGANI HAMBATAN DAN CABARAN YANG MENGANCAM PERPADUAN MELAYU
  3. MENGGANDAKAN TINDAKAN KE ARAH KEMAJUAN ORANG MELAYU MERANGKUMI ASPEK DUNIAWI DAN UKHRAWI
  4. MENINGKATKAN KESEDARAN DIKALANGAN PEGAWAI-PEGAWAI MELAYU DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM SUPAYA MEMATUHI DAN MEMELIHARA KEPENTINGAN AGENDA MELAYU DALAM PERLAKSANAAN DASAR-DASAR KERAJAAN YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA

SEHUBUNGAN DENGAN ITULAH, SAYA MENYERU KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA UNTUK SAMA-SAMA MENGHAYATI MATLAMAT, MISI DAN OBJEKTIF PENGANJURAN MAJLIS INI DEMI KEBAIKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

DAN SAYA MERASAKAN KITA HARUS MELUPAKAN SEBENTAR ISU POLITIK NEGARA INI, DAN KEMBALI KEPADA FITRAH DAN MEMIKIRKAN TENTANG KEDUDUKAN BANGSA KITA DI NEGARA INI.

(INI ADALAH PANDANGAN INIVIDU)

SEKIAN UNTUK WAKTU INI DAN YANG PASTINYA – YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI DAN YANG TERBAIK ITULAH DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT.