SeJaRaH KeTuRuNaN RaJa TeMeNggOnG

Al kisah seorang anak sultan yang berdarah Raja mendapat gelaran Raja Temenggong dari Tanah Besar Jawa telah berhijrah secara senyap2 dgn menggunakan nama semaran. Nama samaran beliau tidak dapat dikenalpasti. Penghijrahan beliau dari Tanah Besar Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu telah sampai ke Negeri Melaka. Menurut berita yang tidak dapat disahkan, beliau telah berlakon menjadi seorang rakyat biasa dengan meninggalkan segala jawatan dan status beliau.


Tanpa diketahui oleh seorang pun rakyat di Negeri Melaka, beliau telah melaksanakan pelbagai aktiviti harian seperti masyarakat biasa dan dengan kredibiliti yang diperolehi nya, beliau telah dilantik menjadi Penghulu di salah sebuah daerah yang terbesar di negeri Melaka.


Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan orang tempatan dan dikurniakan seorang anak lelaki. Apabila telah uzur beliau telah meletakkan jawatan sebagai Penghulu dan takhta pemerintahan sebagai Penghulu telah diserahkan kepada Anak lelaki beliau.


Dipendekkan cerita Anak Lelaki beliau itu yang menjadi Penghulu itu telah mempunyai 2 orang isteri. Salah satunya menetap di daerah yang sama di satu kampung berhampiran pusat pentadbiran bandar tersebut dan seorang lagi isteri Anak Lelaki beliau itu menetap di salah sebuah kampung terletak hampir 20km dari pusat pentadbiran daerah yang teletak berhampiran pantai.


Saya adalah merupakan seorang cucu kepada isteri beliau yang kedua yang menetap di kampung yang berhampiran dengan pantai itu. Inilah hal ehwal keturunan darah anak cucu cicit Raja Temenggong.


Kini, saya telah menetap di Petaling Jaya Selangor.


~ by rajatemenggong on April 11, 2008.

Leave a Reply