Ternak babi secara moden: Sokong tetapi berhati-hati, kata pakar

Oleh Wartawan Siasah


KUALA LUMPUR, 10 April: Langkah kerajaan negeri Selangor untuk memusatkan penternakan babi disokong sepenuhnya oleh seorang pakar pengurusan penternakan babi dari Negeri Sembilan, namun beliau meminta mereka berhati-hati dalam melaksanakannya.

Yap Ah Ping, bekas Adun MCA dari Jimah, Negeri Sembilan (1974 – 1986) mempunyai pengalaman yang tersendiri dalam menguruskan penternakan babi. Namun pengalaman ngeri wabak JE yang melanda Bukit Pelanduk pada tahun 1999 sehingga mengorbankan 136 manusia masih segar dalam ingatan beliau.

“Semuanya bagi saya bermula dengan kerakusan manusia, masalah rasuah dan tamak haloba dalam melaksanakan sistem penternakan yang baik,” kata Yap kepada Siasah.

Beliau mula menyedari masalah bakal dihadapi oleh rakyat Negeri Sembilan ekoran penternakan babi yang merata-rata tanpa mengikut peraturan alam sekitar yang baik sejak pertengahan 1980an lagi.

“Ekoran itu, saya bagi pihak kerajaan negeri Sembilan telah mengetuai satu jawatankuasa peringkat negeri dan berjaya membuat satu undang-undang bernama Enakmen Mengawal Pemeliharaan Babi 1980 iaitu undang-undang No 9, 1980.

“Ia bertujuan untuk mengumpulkan penternak babi dalam satu kawasan sahaja agar ia dapat dikawal dengan baik,” kata Yap.

Melalui enakmen itu, kerajaan telah mengambil alih sebuah estet seluas 1520 ekar untuk dijadikan ladang babi berpusat ini. Tanah seluas 2045 ekar lagi milik penternak tradisional juga dimasuk ke kawasan ini.

Kawasan ini akan dijual semula mengikut keperluan setiap penternak iaitu tiga ekar setiap satu.

Inilah mulanya masalah apabila rasuah, tamak dan penyalahgunaan kuasa berlaku.
(SUMBER : AKHBAR SIASAH)

RAJA TEMENGGONG – SEDIH!!!SEDIH!!!BETA MERASAKAN PERLUNYA SATU DASAR DIPERINGKAT PUSAT YANG MENGAWAL PEMELIHARAAN BABI DI NEGARA INI. BUKAN APA BETA TAKUT NANTI SAMPAI SATU KETIKA HABIS SEMUA NEGERI DI MALAYSIA INI AKAN DIJADIKAN TEMPAT PELIHARA BABI. DAH LA BABI NI BANYAK BERI KEBURUKAN DARI MENDATANGKAN KEBAIKAN. KALAU NAK BELA BABI PUN PERGI LA BELA DALAM HUTAN ATAU GUNUNG GANANG DAN JAUH DARI RUMAH DAN PENEMPATAN SUPAYA TIDAK MEMBERIKAN KESAN BURUK PADA MASYARAKAT.

~ by rajatemenggong on April 11, 2008.

Leave a Reply