PROGRAM REALITI “ANUGERAH”
Beta ingin memanjangkan satu program yang beta rasa amat wajar untuk dikongsi bersama sahabat pengunjung semua; iaitu satu Program Realiti TV yang akan disiarkan melalui siaran RTM1 dan Insyaallah tayangan ini akan disiarkan dalam waktu yang terdekat setelah pemilihan calon yang berkelayakan (yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah sahaja) akan menyertai program ini.
Adalah diharapkan agar sahabat pengunjung semua dapat memanjangkan perkara ini dan sebarang pertanyaan sahabat pengunjung semua boleh la memberikan komen dan Insyaallah sebarang persoalan tersebut akan dijawab.
Untuk itulah beta ingin memanjangkan satu email yang dihantar oleh pihak YPM. Saudara pengunjung juga boleh membuka website YPM untuk maklumat lanjut:www.ypm.org.my
Salam.
Tuan/Puan
Harap maklum, YPM dengan
kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dalam usaha untuk menerbitkan
senuah rancangan realiti TV yang mengikut
perancangan dan
perkembangan terkini bakal disiarkan menerusi RTM yang dinamakan
“ANUGERAH”
Matlamat “Anugerah”, selain
memaparkan kecekalan dan ketabahan
pelajar-pelajar dari kalangan
keluarga kurang berkemampuan, juga merupakan satu platform untuk
membangunkan dana YPM.
Sehubungan itu, BPB memohon
kerjasama semua warga kerja agar mencalonkan pelajar-pelajar yang layak,
jika ada, (sila rujuk fail Hebahan_Anugerah untuk maklumat lanjut )
untuk dipaparkan menerusi program ini.
Bersama sama ini
dilampirkan makluman hebahan dan Borang Pencalonan. Harap maklum, dokumen
yang sama juga akan dipaparkan menerusi Laman Web YPM ( Saya percaya
perkara ini dalam tindakan Unit ICT ).
Sebarang
pertanyaan berkaitan pencalonan Anugerah ini,jika ada, sila majukan
kepada BPB.
Sekian dulu, perkembangan Anugerah setakat ini.
Terima kasih
–
Che Embun Bakar
Pengurus
Bahagian Pembiayaan & Bantuan
Yayasan Pelajaran MARA

Leave a Reply